Tuesday, June 21, 2011

~~Seindah hiasan adalah wanita solehah~~

Mereka kata wanita itu perhiasan dunia

Mereka kata wanita itu ibarat epal

Mereka kata wanita itu persis mawar

Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar lautan dalam

Mereka kata wanita itu ibarat permata

Wanita adalah tulang rusuk lelaki

Berada di sisi menemani & berada disisi mengimbangi

Lelaki tidak sempurna tanpa wanita

sebab itu Hawa dijadikan oleh-Nya untuk Adam

Wanita pula tidak sempurna tanpa lelaki

Kerna mereka dijadikan untuk menemani lelaki

Tetapi ingat!

Wanita juga boleh membuat seseorang lelaki itu

masuk syurga bahkan juga neraka

Ketahuilah...

Lelaki tidak boleh hidup tanpa wanita

kerna itu dijadikan wanita sebagai peneman mereka (bagi lelaki yg normal)

Wanita pula selalu mengatakan mereka boleh hidup tanpa lelaki

kerana mereka hanya dijadikan untuk menemani lelaki

Maka hargailah wanita seadanya

Kerna mereka dijadikan untuk dirimu...

Thursday, April 8, 2010

~~barakallah~~


We're here on this special day
Our hearts 'r full of pleasure
The day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our heads and make dua'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all saysaysay


Baraka-alahu-lakuma x2
Wa Baraka alakuma x2
Wa jama bainakuma fi khair x2


From now you'll share all your joys
Parts of ya'll support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will bring your life
With happiness and blessings
And grant you kids
And make your home filled with laughter

Let's raise our heads and make dua'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all saysaysay

Baraka-alahu-lakuma x2
Wa Baraka alakuma x2
Wa jama bainakuma fi khair x2

Baraka allah x5

Baraka allahu lakum wa lana x2

Allah barik lahuma
Allah adm hobahuma
Allah 'sali wa salim ala rasool ellh
Allah tub alana
Allah erdha ana
Allah ehdi khutana
Ala sunat nabina

Let's raise our heads and make dua'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all saysaysay

Baraka-alahu-lakuma x3
Wa Baraka alakuma x3
Wa jama bainakuma fi khair x3

Friday, February 5, 2010

tiNta BuAt baKal SUamiKu..












"Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi. Sepanjang umur ku ini. saya menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi mu. saya menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. saya lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita. saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. saya seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah lah.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang." saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata mu. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik mu seorang. saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau memandang wanita lain. saya dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau saya ingin lelaki yang baik menjadi suami ku. saya juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diri ku bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. saya secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku. saya tertanya-tanya, adakah saya berada di tebing kebinasaan. saya beristighfar memohon keampunanNya. saya juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.
Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah saya yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. saya bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Namun. saya juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. saya takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. saya akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu. Bahkan saya amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. saya pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan saya lupa tanggungjawab mu. saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Friday, December 5, 2008

lembaran wanita solehah..

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah SAW

Hartanya diperjuang kejala Fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah

Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai Wanita Penghulu Syurga


Ketika aku marah

ingin aku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah


Tabah jiwaku

Setabah Ummi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan

Pengharapanya hanya pada Allah

itulah wanita Siti Hajar


Mampukah aku menjadi Wanita Solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah,harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah...

BISIKAN DARI TEMAN

Teman,
Cube kau dengarkan,
Bisik hati penuh kejayaan,
Dengan penuh keikhlasan,
Ku dambarkan pengertian,
Jangan kau dengar fitnah dunia,
Kerana ianya dusta semata,
Menghancurkan kesucian,
Jalinan kebahgian,

Teman,
Sebenarnya aku merasa,
Sinar cahaya yang gemilang,
Ketika kau berikan harapan,
Dan sering aku harapkan,
Ukhwah yang berlandaskan keimanan,
Dan kasih suci diberkati,

Teman,
Ku cube sedaya,
Agar dirahmati ukhwah ini,
Yang telah lama terbina,
Kerana pasti aku yang akan merasa,
Pedihnya kehilanganmu,
Tuhan tabahkanlah hatiku,
Untuk membina ukhwah ini,
Bersama berharap ketulusan,
Agar impian mejadi realiti,

Wednesday, December 3, 2008

Puisi : Sang Bidadari


Citra diri wanita solehah
terpamer pada riak zahir
unggul peribadimu teguh iltizammu
tak mungkin kau gadaikan
pada kerakusan dunia
yang menipu dan menyesatkan hala tuju.

Peliharalah sifat malumu,
yang menjadi lambang kemuliaanmu
di tempat tertinggi
melengkap sifat mahmudah
menghindar sifat mazmumah

Kuiimpikan terbina kukuh mahligai cinta,
bersulamkan ikatan kasih sayang suci,
bersama wanita unggul peribadi
yang tidak pernah jemu
memberiku suntikan semangat
yang kian pudar warnanya

Kiranya aku diberi pilihan,
selaut harta atau kecantikan zahir
serba salah aku dibuatnya ,
ibarat mengunyah si buah malakamo
melainkan aku bebas memilih
wanita dengan keluhuran budi
dan keimanan tinggi

Kau pasti tidak merelakan,
tangan tangan rakus
mencabul kemuliaanmu,
melainkan kau sendiri
menghulurkan tanda reha
dengan bibit bibit noda
yang kelak menjadi hujan api
membakarmu di sana

Kau tegur dengan keimanan kukuh,
menepis godaan mendatang,
biarlah kau nyatakan
'imanku tidak boleh dijual beli'
pada mereka yang menyogokmu segunung emas

Aduhai wanita solehah
berbahagialah kau kelak
andai kau rela
menderita di sini